Jamu Susuk Dara

Jamu Susuk Dara
Pengedar Jamu Susuk Dara Johor dan Malaysia

Saturday, February 15, 2014

Mengatasi keputihan ketika hamil

Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Ini berlaku kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri. 
Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.
Keputihan  ketika seseorang wanita itu sedang hamil  boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri  ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai  abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan  perkara –perkara yang tidak diingini.


Bahaya keputihan ketika hamil

Kulat dan bakteria merupakan antara mikro organisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis  atau jangkitan kulat kandida  adalah penyebab keputihan terbanyak  yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan  kehamilan ibu dan keselamatan  janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya. Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseoarang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :

1    Chlamydia
Keputihan yang dibawa  oleh   Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran  pra matang  pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2    Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3    Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4    Kuman  HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan  gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5    Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.


ATASI KEPUTIHAN DAN KEGATALAN DENGAN MENGGUNAKAN PRODUK JAMU SUSUK DARA 

1. Feminine Wash
2. Masker Vagina

Boleh hubungi saya untuk pembelian dengan cara berikut :

call/sms/whatsapp 0197745897
email : jsdskudai@gmail.com
fb :jsd ShiMin

1 comment:

  1. Isteri saya juga mengalami masalah nie memang merisaukan lah.tapi saya ada guna produk kesihatan-kesihatan seperti pil dan lain-lain.tapi semuanya hampa,selepas mengunakan produk tuala wanita lexee alhamdulilah penyakit isteris saya sembuh.Saya dapatkan info produk nie dari website www.usahawanredlife.com
    syarikat official goredlife.com.dulu macam tak percaye je.tapi bila dah cuba memang terbukti berkesan

    ReplyDelete